Wednesday, 26 August 2015

SELFIE

Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan mengenai selfie :3 . Act, malas nak buat tapi terpaksa kan hm.... so its okay la ~.~

Selfie adalah menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau kamera dan kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook,Wechat dan sebagainya. Pada mulanya, selfie dikenal sebagai self-potrait dalam bahasa inggeris dan disingkatkan kepada selfie.










SEJARAH SELFIE

Pada tahun 1839, Robert Cornelius seorang pakar teknologi fotografi berasal dari Amerika memotretkan dirinya sendiri dengan teknik daguerreotype. Hasil potretnya kemudian dikenal sebagai foto diri sendiri dalam sejarah.

Pada tahun 1909, Joe Bryon yang menjadi pemilik syarikat Byron merakam gambar bersama empat rakannya iaitu Pirie McDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka adalah pasukan jurugambar dan gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.

Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis selfie yang dimuat turun di laman sosial. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru.



CERITA PANAS

Bunuh diri akibat selfie
Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London. Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar selfie dirinya dengan sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19 menghabiskan masanya selama 10 jam untuk mengambil gambar dirinya sebanyak 200 keping gambar.

Sanggup memanjat bangunan tertinggi
Terdapat juga seorang remaja yang bernama Danial Lau bersama rakan-rakannya menangkap gambar mereka di atas menara terkenal setinggi 346 meter dengan panorama bandaraya Hong Kong di belakang mereka.

No comments:

Post a Comment