Tuesday 1 September 2015

NETIQUETTE


Assalamualaikum, kali ini saya akan menceritakan pula tentang netiquette. Baru kali pertama saya mendengar perkataan netiquette ini. Maklumat yang saya kongsikan ini adalah sumber daripada bahan wikipedia dan sebagainya.

Definisi Netiquette

  •  Erti lain bagi istilah ini ialah etika rangkaian iaitu etika ruang siber. Etika bermaksud bentuk-bentuk yang dikehendaki oleh pembiakan yang baik atau yang ditetapkan oleh pihak berkuasa akan diperlukan dalam kehidupan sosial atau pegawai. Kata lain, netiquette ini adalah satu set peraturan untuk berkelakuan baik dalam talian.
  • Netiquette adalah singkatan dari Network Etiquette atau Internet Etiquette. Netiquette adalah etika ketika menggunakan layanan internet. Seperti yang kita ketahui bahawa didalam dunia nyata etika diperlukan untuk mengikuti suatu peraturan yang ada di daerah tertentu. Begitu pula di dalam dunia maya, etika dalam menulis sangat diperlukan.



Contoh-Contoh Netiquette
.  
  • Jangan memasukkan data peribadi atau hal-hal peribadi keluarga. Jangan mudah percaya dengan internet kerana internet bersifat global, maka orang-orang akan mudah mencari maklumat tentang hal peribadi anda yang sulit. Jika anda ingin memasukan hal-hal yang berkaitan peribadi, tulislah hal-hal itu pada Private Message (PM).
  • Jangan memplagiat atau menyalin tulisan orang lain. Hargailah para pengguna yang menggunakan internet. Jika anda ingin memasukkan hasil atau tulisan orang lain ke dalam tulisan anda, letakkanlah namanya di bawah. Itu menandakan yang anda hargai maklumat yang diberikan oleh orang tersebut.
  • Perkataan yang sopan dan baik. Pakailah bahasa yang sopan jika ingin berhubung atau menulis sesuatu. Jangan pula anda mengumpat orang lain atau menghina maklumat yang telah ditulis oleh orang itu. 
  • Kurangkan penggunaan huruf besar. Seperti yang kita ketahui di dalam dunia nyata, huruf besar digunakan untuk marah atau meninggikan suara. Jika anda sering menggunakan huruf besar, orang yang membacanya akan salah faham. 
  • Janganlah menulis berita yang palsu atau bohong. Jika anda ingin menulis berita tentang sesuatu perkara, pastikan maklumat yang anda terima itu benar dan tepat. Janganlah anda menulis berita yang belum dipastikan kebenarannya.
  • Jangan mengutuk (flamming), mengenakan rakan (trolling) ataupun meletakkan post yang tidak berguna (junking) ketika berforum.

Kepentingan Netiquette

Netiquette merupakan peraturan yang digunakan dalam talian (online) agar pengguna mematuhi etika dalam pengguna internet.

Sumber

 https://hinina.wordpress.com/2011/10/16/netiquette-dan-contoh-kasusnya/

 http://www.albion.com/netiquette/introduction.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Etiquette_in_technology#Netiquette