Selfie adalah menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau kamera dan kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook,Wechat dan sebagainya. Pada mulanya, selfie dikenal sebagai self-potrait dalam bahasa inggeris dan disingkatkan kepada selfie.
SEJARAH SELFIE
Pada tahun 1839, Robert Cornelius seorang pakar teknologi
fotografi berasal dari Amerika memotretkan dirinya sendiri dengan teknik
daguerreotype. Hasil potretnya kemudian dikenal sebagai foto diri sendiri dalam
sejarah.
Pada tahun 1909, Joe Bryon yang menjadi pemilik syarikat
Byron merakam gambar bersama empat rakannya iaitu Pirie McDonald, Kolonel
Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka adalah pasukan jurugambar dan gambar
selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.
Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year
oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis selfie yang dimuat
turun di laman sosial. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah
budaya baru.
CERITA PANAS
Bunuh diri akibat selfie
Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London.
Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar selfie dirinya dengan
sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19
menghabiskan masanya selama 10 jam untuk mengambil gambar dirinya sebanyak 200
keping gambar.
Sanggup memanjat bangunan tertinggi
Terdapat juga seorang remaja yang bernama Danial Lau bersama
rakan-rakannya menangkap gambar mereka di atas menara terkenal setinggi 346
meter dengan panorama bandaraya Hong Kong di belakang mereka.